Sunday 26 May 2013

Umrah dan Ziarah 19 April - 2 Mei 2013

Saya yakin bahawa di setiap hati insan beragama Islam akan terdetik hasrat untuk sekurang-kurangnya menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah dan Madinah. Bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya saya bersama-sama emak, adik, adik ipar dan dua orang emak saudara telah selamat menunaikan umrah dan ziarah. Perjalanan indah yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Hanya mereka yang pernah ke sana mampu berkongsi cerita.

Bersyukur kerana perjalanan dengan Rayhar Travel ni.. penginapannya dekat dengan Masjid Nabawi dan Masjidil Haram baik di Madinah mahupun di Mekah. Keindahan Masjid Nabi tak terucap.. wanginya tak pernah padam. Raudah.. Makam Nabi.. Maqam Baqi.. Jabal Uhud.. sentiasa berlegar di minda.

Masjidil Haram dan Kaabahnya amat menenangkan walau dalam keriuhan manusia menunaikan solat dan tawaf.

Aku akan ke sana lagi insha Allah.




No comments:

Post a Comment