Wednesday 20 March 2013

Maktab Penjara Taiping

Lawatan ke Maktab Penjara Kajang antara lain untuk membincangkan isu induksi dan didikan ala regimental. Melihat kepada infrastruktur serta kemudahan yang ada, rasanya AIMM lebih mewah dengan penginapan ala hotel.

Namun didikan sebenarnya bukan semata-mata bergantung kepada kemudahan. Mungkin juga kemudahan itu sendiri merosakkan kualiti latihan diberikan.

Apa bentuk pembelajaran pun, yang utama adalah perancangan yang lengkap dan tersusun. Matlamat hendaklah jelas, hala tuju biar berpadanan dengan objektif sesuatu latihan.

Maktab Penjara Taiping ini bukan satu-satunya pusat latihan yang telah kami lawati. Aku pernah ke INSTUN di Tanjung Malim juga ke pusat latihan home ministry di Singapura. Konsepnya tetap sama..iaitu penyusunan jadual latihan yang lengkap dan bersistematik


No comments:

Post a Comment