Tuesday 19 March 2013

My Staff

Bersama anak-anak buah di Depot Tahanan Imigresen Juru

Aku amat bertuah kerana berkhidmat dua kali di Depot Tahanan Imigresen Juru. Kali pertama pada tahun 2007 dan kali kedua baru-baru ini iaitu 1 April 2012. Suasana dulu dan sekarang berbeza. Dulu aku bekerja hanya bersama 12 anggota imigresen. Kami hanya satu unit kecil berbanding anggota penjara. Bidang tugas hanya meliputi soal dokumentasi dan pengusiran. Kini, warga kerja imigresen mengambilalih tugas anggota penjara sepenuhnya.

Aku berbangga kerana merupakan salah seorang pegawai yang terlibat secara langsung dalam proses mengambilalih pengurusan depot dari penjara. Malah aku menandatangani surat perjanjian penyerahan. Kini Depot Tahanan Imigresen Juru telah banyak berubah.. staff telah mencecah 73 orang.. sudah ada cctv dan pagar elektrik. Latihan demi latihan turut dianjurkan. Masih terbayang dalam kedaifan dulu, pintu blok pun dikunci menggunakan gari. Dalam usia 5 tahun sejak diambilalih aku kira pembangunan depot memang cepat.

Mungkin sudah sampai masanya selain dari pembangunan infra struktur, pembangunan modal insan dari segi kebajikan dan peluang kerjaya dipertingkatkan. Aku yakin dan percaya bahawa depot juru akan terus unggul dan maju ke hadapan di bawah teraju komandan sekarang Tuan PPI Mohd Sabri bin Zainal. 

No comments:

Post a Comment