Monday 20 May 2013

Aku kembali bertugas

Dah sebulan lebih aku tidak bekerja seperti biasa. Nak memulakan langkah ke pejabat pun terasa berat. Wah siap memasang angan-angan andainya aku option awal dan goyang kaki dirumah. Ish..ish.. projek 'dobi' adik Aku Nazran di Mont Kiara dengan rakan-rakannya pun baru bermula.. kalau sejak awal..boleh gak aku komit sebagai pengurus jualan hehehe.

Bila dah melangkah ke pejabat, seronok pun ada bila terjumpa kawan-kawan ofis yang bertanya itu dan ini. Banyak soalan tentang kesihatan dan juga tentang ibadah umrah diajukan. Alhamdulillah..aku memang sihat walafiat adanya sekarang ini. Memang itu antara yang kupohon semasa di hadapan Kaabah. Tentang ibadah umrah, suka juga aku menjawab setiap soalan yang diajukan kerana ia akan mendekatkan aku dengan Masjidil Haram. Kaabah dan Masjid Nabawi. Hanya Allah yang Maha Mengetahui keenakkan dan kelazatan menjejakkan kaki di kedua-dua tanah suci.

No comments:

Post a Comment