Wednesday 20 March 2013

OUTREACH

Program outreach oleh Y.Bhg Dato KPI dan pengurusan tertinggi jabatan merupakan satu pendekatan yang tepat dan praktikal. Pihak Pengurusan Tertinggi jabatan yang umum tahu sibuk dengan tanggungjawab masing-masing sudi meluangkan masa mendekati staff bawahan sambil mendengar keluhan, idea dan mungkin juga ketidakpuasan hati.

Peringkat Zon Utara melibatkan 4 negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak. Bagi tahun 2013, Penang diberi mandat sebagai tuan rumah. Tarikh ditetapkan adalah 30 Mac 2013 dan akan diadakan di Wisma Perkeso, Seberang Jaya. Hadirin dijangkakan seramai 200 orang. Antara pengisian program adalah sesi dialog, nyanyian I M 4 U, lawatan ke Jambatan ke 2 Pulau Pinang serta santai di Padang Kota.

Ini merupakan program ke 2 terbesar Jabatan Imigresen Negeri Pulau Pinang selepas Program Tanaman Sejuta Pokok Skuad Muda KDN yang diadakan pada 3 Mac 2013 dan melibatkan 3,000 orang peserta.

No comments:

Post a Comment