Wednesday, 20 March 2013

Training Needs Analysis 2011



Bersama Cola dlm AirAsia
Julai lalu, aku bertemankan Cola telah menjalankan kajian keperluan latihan (tna) di negeri Sabah. Kami ke Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Perjalanan yang tak mungkin di lupakan.

Di Kota Kinabalu, kami menginap di Le Hotel, berjiran dengan Hotel Le Meridien. Aku mengeluh betul sebab biliknya terlalu kecil dan pintu bilik airnya asyik tertanggal (nasib baik ada Cola yang inovatif) hehe. Selain dari tugas yang dilaksanakan, kami sempat ke beberapa tempat menarik seperti Pasar Filipina, Pantai Tanjung Rhu, Bukit Bendera dan Kampung Kokol. Terima kasih pada Encik Asmawi yang sudi membawa kami melihat keindahan Kota Kinabalu. Sapa mampu melupakan keenakan sayap panggang.. 12 ketul pada harga RM12.00. Sapa dapat lupa pada buah durian yang harganya mencecah RM80.00 sebiji dan sapa mampu melupakan puncak Gunung Kinabalu dan keindahan senja dari puncak bukit di Kampung Kokol.
Keindahan senja dari Kampung Kokol

Malam hari kami sempat menjamah Nasi Goreng 1Malaysia yang berlaukkan sotong dan udang goreng tepung. Sempat juga menjamah Kenny Rogers. Pasti Cola rindukan muffin Kenny hehe. Dia pasti puas berjalan di sana. Impian nak membeli kasut Reebok pada harga RM379.00 tercapai. Fuhhh...mahal banget pada aku.

Tak lupa kenangan di Pasar Filipina bila kami dipelawa membeli Iphone pada harga RM200.00. Mana nak dapat harga tu beb! Konon-kononnya berminat..siap mencuba. Tapi bila teringat balik harganya yang terlalu murah..cuak menyelubungi diri. Akhirnya beli barang-barang mutiara seperti selalu.

No comments:

Post a Comment