Tuesday, 19 March 2013

My Boss

Tuan Nor Hamran dan isteri kesayangan Puan Noraini Abdullah

Terkejut juga terima berita bahawa Tuan Nor Hamran bin Hussein akan mula bertugas di Jabatan Penjara Kajang bermula 24 Mac ini. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba aku difahamkan dia akan ke sana mengikut jejak Ustaz Amirol Aliff. AIMM bakal kehilangan 'orang kuat' atau pemimpin yang hebat. Dialah ketua, dialah bapa dan dia jugalah sahabat. Dulu masa aku di PD, setiap minggu ada saja Tuan Nor Hamran dan isteri belanja makan.. kadang-kadang satay, mihun soto, nasi ayam dan sebagainya. Memang kalau bukan kerana ibu aku akan kekal di AIMM. Aku suka suasana di AIMM.. Aku suka dengan Pengarahnya yang gemar menggunakan pendekatan reverse psychology atau gerak saraf. 

Sekurang-kurangnya aku tidak ralat kerana sebelum bertukar ke Penang aku sempat siapkan jurnal Legasi Seorang Pengarah khas buat Tuan Nor Hamran. Moga dia dan keluarganya berbahagia selalu dunia dan akhirat. May Allah bless you Tuan...

No comments:

Post a Comment