Wednesday, 20 March 2013

Hanoi


Pengalaman di Hanoi, Vietnam

Di Lapangan Terbang Hanoi

Bila Tuan Hamdan maklumkan aku akan menggantinya sebagai wakil Malaysia di Bengkel CBT anjuran UNODC yang diadakan di Hanoi, Vietnam, aku seakan nak melompat kerana terlalu gembira. 




Aku ke sana bersama Tuan Mohammad (PIN Sabah) dan TPPI(I) Othman (Ketua penguatkuasa Perlis). Seronoknya bukan kepalang. Walau pernah ke luar negara seperti Indonesia, Thailand dan Singapura tetapi peluang ke Hanoi sukar dilupakan.




Rata-rata orang Vietnam sopan.. cuma caranya mengekori kita kadang-kadang merimaskan. mereka makan sambil duduk bertinggung. Tak ada meja makan seperti orang Malaysia. Lalu lintas dan jalan kucar kacir yang tidak akan ditemui di mana-mana daerah di Malaysia. Cuacanya panas membahang. Aku difahamkan Vietnam mempunyai 4 musim dan ketika kami hadir di sana, Vietnam sedang mengalami musim panas. Pada musim sejuk, suhunya di bawah 10 darjah celcius. 




Rumah-rumah orang Vietnam di Hanoi ini sempit memanjang setinggi 5 tingkat. Aku tak pasti keselesaan mereka kerana dari luar kelihatan amat sempit. Makanan halal hanya di Nisa Restaurant. Pemiliknya seorang warganegara Malaysia. Di situlah warga Malaysia bertemu dan bertanya khabar. Makanannya banyak...dari nasi lemak..nasi goreng hingga ke nasi beriani. Harganya kira-kira VD80,000 iaitu lebih kurang RM14.00. 



Motorsikal di Vietnam

Jalan dalam bahasa Vietnam adalah 'Hang'.. rata-rata kita boleh temui Hang Dao, Hang Pao, Hang Gao.. kebanyakan warga Vietnam menaiki motorsikal dan skooter. Helmet bukan kewajiban. Helmet yang digunakan juga mempunyai daya tarikan tersendiri berbentuk topi baseball.


Aku sempat berkenalan dengan Ngunyeng.. gadis yang bekerja sebagai bellgirl di Hotel Melia. Dia kelulusan Ijazah Pelancongan. Bila ditanya tentang gajinya sebulan, dia menjawab dengan nada yang sedih.. bayangkan bayaran sebulan hanya USD100 iaitu kira-kira RM290.00 di Malaysia sekarang. TPPI(I) Othman sempat berseloroh..elok buat isteri no 2 dan dibayar USD200 sebulan. 


Ngunyeng

Bengkel yang dijalankan oleh UNODC memang profesional. Penceramahnya membebel hanya setengah jam setiap sesi. Bila aku disuruh menyampaikan taklimat tentang penyeludupan migran di Malaysia, mulanya aku ketakutan. Tapi bila melihat pegawai-pegawai dari China, Cambodia, Laos dan Myanmar..aku rasa lebih berani. Memang penggunaan Bahasa Inggeris di Malaysia lebih meluas dari negara-negara tersebut. Sekurang-kurangnya aku tidak perlu menggunakan pegawai penterjemah :P

No comments:

Post a Comment