Sunday, 2 June 2013

Cuti Sekolah Mei 2013

Sapa tak suka cuti sekolah. Jarang dengar orang tak sukakan cuti sekolah. Masa cuti sekolah ni lah jalan raya..jalan kampung sedikit lengang. Orang nak ke ofis rasa bahagia kerana tak perlu berhenti-henti di tengah kesibukan jalan. Bagi mereka yang mempunyai anak-anak terutama yang bersekolah di asrama, ini lah masanya setiap ruang waktu dikongsi bersama anak-anak. Ada yang pulang ke kampung menziarah emak ayah dan keluarga. Ada juga yang melancong ke tempat-tempat peranginan.

Cuti sekolah kali ini, keluarga adikku Ticer Julia balik selama seminggu. Anak bongsunya Akmal Fahmi dah semakin besar dan mula belajar bercakap. Anis dan Dila pun dah semakin besar.. dah nak masuk remaja kecil hehe. Kami anak beranak sempat bercuti di Merdeka Beach Resort. Nazri dan keluarga juga turut serta petang tersebut. Seronok bila sesekali berkumpul. Adik Nazran dan Nazarudin kali ni bercuti di tempat orang. Nazran membawa keluarga ke Singapore dan Nazarudin ke Pangkor.

Memang syok melayan karenah Akmal Fahmi. Handsome anak buah aku ni...


No comments:

Post a Comment