Wednesday, 20 March 2013

Tawau


Buah tangan buat keluarga dan rakan2
Daerah yang terkenal dengan keenakan ikan bakarnya dan makanan lautnya yang mewah tapi murah. Aku dan Cola seperti insan lain, apabila tiba di Tawau itulah yang kami cari dulu.. selain dari kesempatan menikmati "nasi lalapan".. ikan bakar dan seafood di Tawau tidak kami lepaskan.

Kami juga sempat meluangkan masa ke Pasar Tawau yang dikatakan terbesar di Malaysia. Harga ikan kembung kecil hanya RM1.50 sekilo. Ikan bilis segar yang belum dikeringkan pun ada. Ikan buntal bersepah di dalam pasar tersebut. Untung orang Tawau kerana rata-rata bahan mentahnya masih murah jika dibandingkan dengan kita di semenanjung.

Sempat belikan buah tangan buat rakan dan keluarga. Sempat belikan keropok malinjau (balinjo sebutan di Tawau) untuk ibu yang dirindui. 

Kami meninggalkan negeri Sabah dengan rasa puas. Puas melihat keindahan negeri di bawah bayu yang jarang dapat dilihat di Port Dickson. Hajat hati ingin kembali. Keramahan rakyat negeri Sabah akan sentiasa menjadi kenangan.

No comments:

Post a Comment