Semasa di Depot Tahanan dulu aku sering kali terfikir berapa banyak masa aku luang begitu saja. Bukan menafikan kepentingan tugas di depot, cuma memikirkan masa yang terbuang begitu saja. Puas otak memikirkan bagaimana nak kuisi masa selain bersama staff yang lain mengawal keselamatan pati dan blok.
Kini aku di Bahagian Pentadbiran.. seribu satu perkara yang aku perlu fikirkan. Hampir 100% menggunakan otak. Namun aku ceria dan lebih ceria kerana masa aku padat memikirkan itu dan ini.. untuk menambahbaik apa yang ada di bahagian ini. Aku harap usaha aku berbaloi..moga Allah membuka mindaku ke arah mencari penambahbaikan.. terutama dalam menyelesaikan tugas di samping menjaga kebajikan anak-anak buah. Aminn
No comments:
Post a Comment