Wednesday, 20 March 2013

Re-Union Badlishians 1980-1984 di Seri Malaysia 5 Disember 2010



Ada pihak mempertikai penggunaan facebook sebagai laman sosial. Bagi aku ianya terpulang pada cara kita menggunakannya. Melalui fb, aku telah bertemu kembali hampir 60 orang rakan sekolah yang terpisah sejak tahun 1984 iaitu kira-kira 27 tahun yang lalu. Kini hampir setiap hari aku menerima khabar daripada rakan-rakan. Mereka semuanya telah berjaya. Ada yang kini menjadi timbalan dekan, pengurus besar, doktor dan bisnesman yang berjaya. Malah ada yang menetap jauh di luar negara seperti Netherlands, France, Libya dan Vietnam. Ada yang kini boss besar di Perkeso dan ada juga chef terkenal di negara asing.

Re-union pada 2010 adalah permulaan kepada pertemuan manis yang akan mendatang. Melalui fb kami berjaya mengumpul dana untuk rakan-rakan yang kurang bernasib baik. So, apa salahnya fb jika sekiranya ia digunakan secara berkesan. Bukankah mengeratkan ukhwah itu juga satu tuntutan.

No comments:

Post a Comment