Aku memang gemar mengarang terutama apabila duduk sorang-sorang. Kadang-kadang aku boleh terlupa tidur kerana keseronokan menumpukan sepenuh perhatian pada karangan aku. Jika dulu di Unit Perhubungan Awam, seronok juga mengarang ucapan Ketua Pengarah, KSU, Menteri dan lain-lain untuk majlis rasmi tapi apabila dah keluar dari unit berkenaan aku tumpukan pada nota-nota imigresen.
Aku yakin buku nota aku ni telah banyak membantu rakan-rakan sejawatan. Dulu aku rajin update pengisian nota mengikut pekeliling baru. Waktu itu aku tidak sesibuk sekarang.
Disebabkan minat dan juga bagi tujuan mencari dana Kelab REKA di AIMM, aku keluarkan pula CD Nota tapi kualitinya tidak memuaskan.
Masalah 'burner' dan nota-nota tidak lengkap menghantui.
Atas desakan beberapa pihak terutama Pengarah AIMM dan PPI Hamdan, kini aku sedang menumpukan perhatian terutama ketika di rumah untuk menyiapkan nota edisi ke 3 yang lebih lengkap dan bergrafik. Kata Pengarah AIMM biar ianya menjadi legasi AIMM ke arah meningkatkan ilmu warga kerja JIM. Memang pada awalnya aku agar sukar menerima tanggungjawab ini. Namun bila memikirkan kesungguhan Tuan Hamdan memujuk, aku berjanji sedaya upaya melahirkan edisi terbaru. Moga Allah merestui niat suci ini. Amin

No comments:
Post a Comment