Saturday, 23 March 2013

Insaniah...


Ada seorang sahabat pernah berkata bahawa Allah itu tidak adil pada hambaNya. Katanya "orang putih dah la cantik, kaya dan pandai pula. Sedangkan orang hitam, miskin dan kelaparan sepanjang masa". Memang waktu tu sahabat aku sedang tension, 4 hari ditahan di wad sakit jiwa, Hospital Kuala Lumpur. 

Hakikatnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Penyayang. Tiap sesuatu dijadikan bukan menunjuk ketidak adilannya tetapi menunjukkan betapa sayangNya dia pada kita hambaNya. Lihat saja gambar ini, siapa sebenarnya yang diuji dan diduga. Ramai akan berkata.. insan dalam gambar ini yang diujiNya. Kenyataan ini mungkin benar tapi mungkin juga ada SALAHNYA. Tidakkah kita terfikir bahawa Allah jua sedang menduga kita. Menduga tentang sifat insaniah yang ada dalam diri kita dan sejauh mana kita berusaha membantu.

Alasan memang mudah diberikan namun tanggungjawab tidak boleh dilepaskan begitu saja. Dalam dunit ICT yang serba maju kini, mungkin kita boleh jadikan media internet ini sebagai tempat luahan...sebagai mediator untuk memastikan perkara yang sama saban tahun tidak berulang. Fikir-fikirkan la...

No comments:

Post a Comment