Sunday 14 July 2013

Bengkel Penjajaran Perjawatan

Bulan Mei lepas ke Putrajaya bersama Pengarah dan Ketua Unit Komunikasi & Korporat setelah hampir 1 tahun tidak pernah menjejakkan kaki di sana. Kami menginap di Hotel Sepang. Bengkel Penjajaran jawatan berjalan lancar selama dua hari. Seronok memikirkan sesekali keluar dengan dua buah kereta. Sempat makan satay kajang, mee udang Kuala Sepetang, Char Kue Tiaw Sg Dua dll.

Hotel Sepang ni nampak kecil tapi menjanjikan keselesaan yang kita tak sangkakan..

Sunday 2 June 2013

Cara Orang Mencari Duit...

Terserempak dengan e-book bertajuk Peperiksaan Bertulis Penolong Penguasa Imigresen KP27 semasa surfing cari maklumat KPSL untuk anak-anak didik 'poqke'...group yang ditubuhkan sejak 2009 dan semakin ramai ahlinya.

Menarik buku ni...pasti pengarangnya juga hebat. Mungkin salah seorang sifu imigresen ni. Tahniah dan syabas. Alangkah indah andai ilmu ini dapat dimanfaat semua...

Kekhusyukan Dalam Solat

Mencari kekhusyukan dalam solat memang bukan satu perbuatan yang mudah. Bahkan akan tinggal azam semata-mata kerana sering kali diganggu angan-angan dan khayalan. Kekusyukan gagal diperolehi disebabkan dua faktor iaitu faktor dalaman dan luaran. Dalaman dalam ertikata berpunca dari pemikiran kita yang mudah hilang tumpuan mengingatkan hal-hal seharian seperti isu-isu kerja, hal rumahtangga, barang runcit dan segala macam hal dunia. Luaran dalam ertikata lain seperti deringan handphone ketika sedang menjalankan solat.


Jom kita belajar mencari kekusyukan dari tok-tok guru. Moga ilmu kita akan lebih diberkati

Cuti Sekolah Mei 2013

Sapa tak suka cuti sekolah. Jarang dengar orang tak sukakan cuti sekolah. Masa cuti sekolah ni lah jalan raya..jalan kampung sedikit lengang. Orang nak ke ofis rasa bahagia kerana tak perlu berhenti-henti di tengah kesibukan jalan. Bagi mereka yang mempunyai anak-anak terutama yang bersekolah di asrama, ini lah masanya setiap ruang waktu dikongsi bersama anak-anak. Ada yang pulang ke kampung menziarah emak ayah dan keluarga. Ada juga yang melancong ke tempat-tempat peranginan.

Cuti sekolah kali ini, keluarga adikku Ticer Julia balik selama seminggu. Anak bongsunya Akmal Fahmi dah semakin besar dan mula belajar bercakap. Anis dan Dila pun dah semakin besar.. dah nak masuk remaja kecil hehe. Kami anak beranak sempat bercuti di Merdeka Beach Resort. Nazri dan keluarga juga turut serta petang tersebut. Seronok bila sesekali berkumpul. Adik Nazran dan Nazarudin kali ni bercuti di tempat orang. Nazran membawa keluarga ke Singapore dan Nazarudin ke Pangkor.

Memang syok melayan karenah Akmal Fahmi. Handsome anak buah aku ni...


Sunday 26 May 2013

RUMAHKU SYURGAKU


Rumah beralamat 89A, Kg. Tunku Putra, Kelang Lama 09000, Kulim, Kedah Darul Aman

Inilah rumah kesayangan dan kebanggaan kami....Tingkat atas ada 4 bilik dan bawah 2.. tapi bila ramai-ramai tidur di ruang tamu keluarga jugak....Rumah ni mula kami diami sejak 1979...sebaya dengan umur Wati, adik bongsu. Rumah ni banyak berbeza mengikut masa...

Percaya dan yakinlah bahawa sebahagian besar perubahan fizikal rumah ini adalah hasil usaha tangan ayah...Itulah keistimewaan Cikgu Basirun yang paling aku respect..

Aku patut ambil gambar belakang rumah....ada itik...ada pokok durian dan ada kebun sayur....